| Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia 2. Memiliki SPM atau setaraf 3. Lulus Bahasa Melayu 4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) 5. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta,buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali. |
| Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Program Diploma in Electronics (Instrumentation), direka bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam industri elektronik. Program ini memperkenalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan elektronik instrumentasi seperti pengenalan peralatan pengujian, teknik menentu ukur, merekabentuk PCB, menguji dan membaikpulih sistem elektronik. Program ini menggunakan konsep Work-Based Learning iaitu pelajar perlu ke industri yang telah berkolaborasi bersama pihak kolej selama 2 semester.
| Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf 3. Lulus Bahasa Melayu 4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) 5. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta,buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali. |
| Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS :
Program ini menawarkan modul teras dalam bidang Pemasangan Elektrik seperti Keselamatan dan Peraturan Elektrik, Prinsip Elektrik, Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal, Motor Elektrik AT dan AU Fasa Tunggal, Pendawaian Elektrik Tiga Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa, Pendawaian Elektrik Industri, Pengawal Logik Bolehaturcara (PLC) Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Industri. Selain itu, program ini turut memberi pendedahan mengenai bidang Elektronik melalui penawaran kursus Asas Elektronik dan Sistem Digital.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO) :
Di akhir pembelajaran pelajar boleh:
PLO 1 :
Pengetahuan
Memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan amalan rutin kerja berkaitan elektrik dan elektronik.
PLO 2 :
Kemahiran Praktikal dan Teknologi Tinggi
Mengaplikasi penggunaan peralatan dan teknik terkini dalam menyelesaikan masalah rutin.
PLO 3 :
Analitikal, Pemikiran kritikal dan Pendekatan Saintifik
Menjalankan penyiasatan asas dan kebolehan berfikir yang signifikan untuk menyelesaikan masalah rutin kerja berkaitan elektrik dan elektronik.
PLO 4 :
Kemahiran Komunikasi
Menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan keperluan segera menerusi komunikasi.
PLO 5 :
Tanggungjawab Sosial
Menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan tanggungjawab berkaitan amalan rutin teknologi.
PLO 6 :
Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurusan Maklumat
Mengenal pasti keperluan pembangunan kerjaya dan penglibatan dalam pembelajaran sepanjang hayat.
PLO 7 : Tekno-Keusahawanan dan Kemahiran Pengurusan
Menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan dan teknousahawan daripada perspektif sebenar.
PLO 8 : Etika dan Profesional
Menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme.
PLO 9 :
Kerja Berpasukan dan Kepimpinan
Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan serta kecekapan bekerja dalam pasukan teknikal.
| Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf 3. Lulus Bahasa Melayu 4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) 5. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta,buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali. |
|---|---|
| Tempoh Pengajian | 4 Semester |
SINOPSIS
Program Teknologi Maklumat adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Teknologi Maklumat. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Perisian aplikasi, pemasangan komputer, asas pengaturcaraan dan etika digital dan keselamatan sosial.
2. Pangkalan data, rangkaian komputer, asas multimedia, pembangunan reka bentuk laman web dan pengenalan analisis dan rekabentuk sistem.
3. Pembangunan aplikasi mudah alih, internet of things, pengaturcaraan berorientasikan objek dan projek pelajar.

Sila imbas Kod QR di atas untuk capaian ke Borang Aduan / Maklum balas Pelanggan
Kolej Komuniti Seberang Jaya
Aktiviti / Program






