• Sijil Teknologi Elektrik

    Sinopsis Program


    Program Sijil Teknologi Elektrik adalah merupakan program yang digubal bagi memastikan pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang elektrik. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja berpeluang mendapatkan pengetahuan teori tetapi juga latihan amali.
     
    Terdapat 4 modul bagi program iaitu Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan dan Kawalan Mesin Elektrik dan Pemasangan Elektrik Industri.

    Prospek Kerjaya


    Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Elektrik yang menyediakan laluan kerjaya seperti berikut:
     
    Juruelektrik
    Juruteknik Elektrik
    Penolong Penyelia Elektrik
    Usahawan

    Laluan ke Program Diploma di Politeknik / Kolej Komuniti


    Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Teknologi Elektrik boleh memohon ke program diploma berikut:
    • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Marin
    • Diploma Kejuruteraan Elektrik
    • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)
    • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau)
    • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga)
    • Diploma in Mobile Technology (WBL) - Ambilan Januari
    • Diploma in Telecommunication Technology (WBL) - Ambilan Januari
    • Diploma Teknologi Solar Fotovoltan (WBL)
    • Diploma in Electronics Instrumentation Technology (WBL)
    • Diploma in Sound & Lighting Technology (WBL)
    • Diploma in Rail Signalling And Communication Technology (WBL)
    • Diploma in Security Surveillance System Technology (WBL) - Ambilan Januari
    • Diploma Kejuruteraan Elektronik
    • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan Automasi)
    • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan Automasi)
    • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi)
    • Diploma in Mechanical Design Technology (WBL)

       

      Hasil Pembelajaran Program (PLO) :

      Di akhir pembelajaran pelajar boleh:

      PLO 1 :
      Pengetahuan Memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan amalan rutin kerja berkaitan elektrik dan elektronik.

      PLO 2 :
      Kemahiran Praktikal dan Teknologi Tinggi Mengaplikasi penggunaan peralatan dan teknik terkini dalam menyelesaikan masalah rutin.

      PLO 3 :
      Analitikal, Pemikiran kritikal dan Pendekatan Saintifik Menjalankan penyiasatan asas dan kebolehan berfikir yang signifikan untuk menyelesaikan masalah rutin kerja berkaitan elektrik dan elektronik.

      PLO 4 :
      Kemahiran Komunikasi Menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan keperluan segera menerusi komunikasi.

      PLO 5 :
      Tanggungjawab Sosial Menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan tanggungjawab berkaitan amalan rutin teknologi.

      PLO 6 :
      Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurusan Maklumat Mengenal pasti keperluan pembangunan kerjaya dan penglibatan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

      PLO 7 :

      Tekno-Keusahawanan dan Kemahiran Pengurusan Menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan dan teknousahawan daripada perspektif sebenar.

      PLO 8 :

      Etika dan Profesional Menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme.

      PLO 9 :

      Kerja Berpasukan dan Kepimpinan Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan serta kecekapan bekerja dalam pasukan teknikal.

       

      Syarat Kemasukan


      Lepasan SPM
      • Warganegara Malaysia
      • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Setaraf
      • Lulus Bahasa Melayu
      • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
      • Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
      Lulusan selain SPM
        • Warganegara Malaysia
        • Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
      ATAU
      • Lulus pengajian peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat:
        • Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104; dan
        • PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00; dan
        • PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67; dan
        • Kompeten semua modul vokasional; dan
        • Lulus mata Pelajaran Sejarah 1251

 

HUBUNGI KAMI

KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA

LOT PT2811-2811, LORONG DESA PAUH 1,

TAMAN DESA PAUH, PERAI

13700 PULAU PINANG

 

TEL : 04-390 2897

FACEBOOK : KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA

TWITTER : kkseberangjaya