• CERTIFICATE IN INDUSTRIAL INTERNET OF THINGS (CIO)

Program Certificate In Industrial Internet Of Things (CIO) akan memberi tumpuan kepada teknologi Internet of Things (IoT) dan penyelesaian khususnya yang berkaitan dengan aplikasi industri dan perkilangan. Kursus ini secara amnya dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pembangunan mikropengawal (microcontroller) dan pembangunan data cloud. Bahasa pengaturcaraan C#/C+ digunakan untuk mengkonfigurasi penderia (sensor). PHP, JavaScript dan pengaturcaraan HTML digunakan untuk pembangunan data cloud.

        Syarat-syarat Kemasukan:

  • Warganegara Malaysia berumur 17 tahun ke atas
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Lulus Matematik dan SATU kredit dalam mana-mana mata pelajaran
  • Calon TIDAK buta warna dan TIDAK mempunyai ketidakupayaan fizikal/anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali.