• DIPLOMA IN ELECTRONICS (INSTRUMENTATION) DEI

Program Diploma in Electronics (Instrumentation), direka bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam industri elektronik. Program ini memperkenalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan elektronik instrumentasi seperti pengenalan peralatan pengujian, teknik menentu ukur, merekabentuk PCB, menguji dan membaikpulih sistem elektronik. Program ini menggunakan konsep Work-Based Learning iaitu pelajar perlu ke industri yang telah berkolaborasi bersama pihak kolej selama 2 semester.

                 Syarat-syarat Kemasukan:

  • Warganegara Malaysia berumur 17 tahun ke atas
  • TIDAK buta warna dan TIDAK mempunyai ketidakupayaan fizikal/anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali
  • Lulus Sijil Kolej Komuniti dengan HPNM sekurang-kurangnya 3.00 dalam program
    • Sijil Teknologi Elektrik
    • Sijil Pemasangan Elektrik
    • Sijil Sistem Komputer dan Sokongan (SKS)
    • Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK)
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya kredit TIGA (3) matapelajaran termasuk Matematik dan matapelajaran sains/teknikal/vokasional dan LULUS Bahasa Inggeris

 

 HUBUNGI KAMI

KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA

LOT PT2811-2811, LORONG DESA PAUH 1,

TAMAN DESA PAUH, PERAI

13700 PULAU PINANG

 

TEL : 04-390 2897

FACEBOOK : KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA

TWITTER : kkseberangjaya