AKTIVITI UNIT JAMINAN KUALITI
Siri Lawatan Persediaan Penilaian Akreditasi Penuh bagi Pogram Diploma In Electronics Instrumentation Technology (DEI) dan Program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK)
Unit Jaminan Kualiti (UJK) Bahagian Governan dan Kecemerlangan, JPPKK telah mengadakan satu Siri Lawatan Persediaan Penilaian Akreditasi Penuh bagi Pogram Diploma In Electronics Instrumentation Technology (DEI) dan Program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK). Lawatan ini bertujuan untuk membantu pihak Kolej Komuniti Seberang Jaya dalam membuat persediaan akhir sebelum menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh oleh Ahli Panel Penilai TTAC, MBOT dan MQA yang sebenar dan seterusnya membincangkan isu-isu akreditasi yang dihadapi oleh institusi. Lawatan ini telah merangkumi semakan dokumen yang berkaitan dan lawatan ke fasiliti-fasiliti pengajaran dan pembelajaran .
Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti & EOMS pada 19 JULAI 2024, JUMAAT
Lawatan penanda aras ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti yang lebih efisien dan keperluan EOMS ISO 21001:2018 dari aspek kefahaman dan pembangunan didokumentasi. Selain itu lawatan ini juga dapat meningkatkan kefahaman dan pembangunan portfolio EOMS ISO 21001:2018 dalam kalangan pensyarah. Kepentingan lawatan ini juga adalah untuk organisasi menyediakan produk dan perkhidmatan yang mampu memenuhi keperluan pelajar dan kabaikan yang lain. Di samping itu, ia juga membantu persediaan pensyarah dan warga kolej bagi menghadapi proses Penilaian Akreditasi Program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian dan Program Diploma In Electronics Instrumentation Technology bermula pada bulan Julai hingga September 2024